Pada Organisme Pemilihan_seks

Imej SEM pandangan lateral panahan cinta pada siput Monachoides vicinus. Pada skala bar 500 μm (0.5 mm).Spermatozoa manusia boleh mencapai bilangan 250 million dalam satu ejakulasiSeekor pijat jantan (Cimex lectularius) sedang menginseminasi pijat betina (atas). karapes betina kelihatan pecah pada titik inseminasi.Kartunis pada era Victoria mengambarkan idea Darwin tentang pemilihan seks. Dimana dia sedang terpesona oleh steatopygia megikut fesyen ketika itu.Ilustrasi dari The Descent of Man menunjukkan tufted coquette Lophornis ornatus: betina pada sebelah kiri, jantan di sebelah kanan.

Pemilihan seks juga telah diperhatikan berlaku pada tumbuhan, binatang dan kulat.[5] Pada sestengah spesies siput dan lintah bulan hermaphrodit, spesies moluska, Panah cinta adalah satu bentuk pemilihan seks.[6] Sesetengah serangga jantan dari order lepidoptera menutup pori vaginal serangga betina.[petikan diperlukan]

Pada masa kini, ahli biologi yakin bahawa trait evolusi boleh dijelaskan menggunakan persaingan intraspesies- persiangan di antara ahli daripada kumpulan spesies yang sama. Persaingan ini boleh berlaku sebelum proses persenyawaan dan selepas proses persenyawaan.

  • Sebelum persenyawaan,pemilihan intraseks, - selalunya berlaku antara individu janta - dalam bentuk persaingan jantan-jantan. Manakala pemilihan interseks atau pemilihan pasagan berlaku apabila individu betina memilih pasangan jantannya..[7] Trait yang dipilih oleh pesaing jantan dikenali ciri seks sekunder (contohnya tanduk, sumbu etc.) yang juga digelar oleh Darwin sebagai 'senjata'. Sementara itu, trait yang dipilih oleh pasangan (selalunya individu betina) dipanggil sebagai 'perhiasan'. oleh kerana ciri-ciri seks sekunder ini yang sangat ketara dan berlebih-lebihan, ciri-ciri ini mudah dilihat dan dikesan oleh musuh menyebabkan peluang survival individu tersebut menjadi lebih rendah. Contohnya, tanduk pada rusa yang besar dan berat menyebabkan rusa berlari lebih perlahan semasa melarikan diri daripada pemangsa, selain itu rusa yang mempunyai tanduk yang besar mudah tersangkut pada pada ranting pokok dan menyebabkan kematian. Warna yang terang dan juga ciri perhiasan yang menarik perhatian yang dipunyai oleh burung jantan misalnya, adalah untuk menarik perhatian burung betina tetapi masa yang sama turut menarik perhatian pemangsa mereka. Sesetengah ciri perhiasan ini juga menggambarkan pelaburan tenaga yang tinggi kepada individu yang memilikinya. Oleh itu ciri-ciri yang terhasil daripada pemilihan seks kadang kala dilihat berlawanan dengan ketegapan survival individu tersebut. Persoalan timbul apabila, survival paling tegap yang merupakan aturan alam, membenarkan keadaan seperti ini terjadi. Walaubagaimana pun, perlu juga diambil kira bahawa pemilihan interseks kepada sumber yang dipunyai oleh satu individu dan tidak hanya bergantung kepada ciri morfologi dan fizikal sahaja. Contohnya, pada sejenis lebah tidak sosial, Euglossa imperialis jantan,
  1. Cecie Starr (2013). Biology: The Unity & Diversity of Life (edisi Ralph Taggart, Christine Evers, Lisa Starr). Cengage Learning. m/s. 281. 
  2. Vogt, Yngve (January 29, 2014). "Large testicles are linked to infidelity". Phys.org. Dicapai January 31, 2014. 
  3. Darwin, Charles; A. R. Wallace (1858). "On the Tendency of Species to form Varieties; and on the Perpetuation of Varieties and Species by Natural Means of Selection" (PDF). Journal of the Proceedings of the Linnean Society of London. Zoology. 3: 46–50. doi:10.1111/j.1096-3642.1858.tb02500.x
  4. Population benefits of sexual selection explain the existence of males phys.org May 18, 2015 Report on a study by the University of East Anglia
  5. Sexual selection in fugni Published by Journal of Evolutionary Biology
  6. Tales of two snails: sexual selection and sexual conflict in Lymnaea stagnalis and Helix aspersa Oxford Journals
  7. Campbell, N. A.; J. B. Reece (2005). Biology. Benjamin Cummings. m/s. 1230. ISBN 0-8053-7146-X

Berkaitan

Pemilihan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat 2022 Pemilihan semula jadi Pemilihan kepimpinan Parti Konservatif Julai–September 2022 (UK) Pemilihan kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia 2023 Pemilihan kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia 2021 Pemilihan kepimpinan Parti Konservatif Oktober 2022 (UK) Pemilihan seks Pemilihan kepimpinan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu 2018 Pemilihan kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia 2024 Pemilihan kepimpinan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu 2023